fbpx

Anwar berlepas ke Jakarta untuk lawatan rasmi selama dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berlepas ke Jakarta, Indonesia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke negara republik itu.

Pesawat khas yang membawa Anwar dan Dr. Wan Azizah berlepas pada pukul 12.53 tengah hari tadi dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Lawatan rasmi perdana menteri selama dua hari itu turut diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Terdahulu, Zambry pada sidang akhbar khas bersempena lawatan rasmi julung kali Anwar sebagai perdana menteri ke Indonesia semalam memaklumkan bahawa sebanyak lapan memorandum persefahaman akan dimeterai di antara kedua-dua negara.

Memorandum berkenaan difahamkan akan ditandatangani ketika sesi kunjungan Anwar ke atas Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Bogor yang dijangkakan pukul 10 pagi esok.

Ujar beliau, sebahagian besar memorandum berkenaan akan melibatkan kerjasama pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) baharu Indonesia iaitu Nusantara kerana dijangka kesan pembukaan Nusantara memberi limpahan ekonomi kepada Sabah dan Sarawak.

Lawatan Anwar ke republik itu juga difahamkan akan membincangkan strategi bersama bagi melawan kempen anti minyak sawit Malaysia dan Indonesia di pasaran Kesatuan Eropah ketika ini selain turut berdiskusi berhubung isu sempadan darat dan maritim selain masalah pengambilan pembantu rumah Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI