fbpx

‘Takkan asyik berpolitik 24 jam’ – Abdul Rahman Dahlan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman

PETALING JAYA – Bekas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang telah mencetuskan pergolakan parti di negeri Sabah.

Ini kerana menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, kebanyakan rakyat kini bergelut dengan pelbagai cabaran kehidupan dan ekonomi sedangkan ahli politik masih sibuk bersama agenda masing-masing.

“Apakah tiada langsung, walau pun sekelumit, perasaan simpati kepada rakyat Sabah yang sedang bergelut dengan cabaran kehidupan dan ekonomi?

“Takkan asyik berpolitik 24jam!,”katanya pada hantaran di Facebook.

Jelas Ketua UMNO Bahagian Tuaran itu, rakyat di negeri itu berhak mendapat kestabilan politik dan mendapat ruang untuk bernafas dari semua kekalutan politik.

Tambah beliau, rakyat kini marah, mual dan muak dengan politik.

“Kesabaran dalam berpolitik adalah tuntutan demokrasi. Ia salah satu tiang seri demokrasi. Kalau tiada kesabaran, demokrasi akan pincang,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah secara rasmi membuat keputusan untuk menarik diri daripada kerajaan negeri selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas mengadakan mesyuarat parti sebelum ini.

Ujar Bung Moktar, Hajiji telah melanggar perjanjian persefahaman yang dibentuk di bawah kerajaan negeri Sabah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI