fbpx

Seronok nikmati sarapan dalam warung ditenggelami banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pelanggan yang tidak kisah menikmati sarapan di dalam Warung Bilal yang digenangi banjir di Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Beberapa kawasan di daerah ini termasuk Gong Badak di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat yang turun sejak malam tadi.

Begitupun, aktiviti seharian penduduk masih berjalan seperti biasa termasuk sebahagian besar warung dan kedai makan.

Pelanggan bukan sahaja tidak kisah malah dilihat seronok menikmati sarapan di dalam warung yang digenangi air terbabit.

Salah seorang pengusaha warung, Rosli Mohamad berkata, premis makanannya mula dinaiki air sewaktu dia dan pekerja sedang memasak menu jualan pada pukul 6 pagi.

“Biarpun air naik kira-kira 0.2 meter, saya memutuskan untuk meneruskan perniagaan kerana banyak makanan sudah siap dimasak.

“Beberapa pelanggan tiba seawal pukul 7 pagi seakan teruja mahu menikmati sarapan di dalam warung saya yang digenangi air. Mereka mengambil gambar dan video sebelum menularkannya di media sosial,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Rosli berkata, kehadiran pelanggan ke Warung Bilal diusahakannya kemudiannya kian bertambah ramai ekoran gambar dan video tular terbabit.

Dia tidak menyangka rezeki berganda pada semalam walaupun pada mulanya merasakan banjir kilat yang berlaku tersebut sebagai ujian perniagaannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI