fbpx

Penduduk Kuantan gempar buaya sesat dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video buaya berenang di dalam longkang di Kampung Jawa, Kuantan.

PETALING JAYA – Penduduk sekitar Kampung Jawa di Kuantan, Pahang gempar kewujudan buaya yang tersesat di dalam sebuah longkang di kawasan tersebut.

Dalam video yang tular menerusi media sosial, kelihatan haiwan reptilia itu berenang di dalam longkang yang mana ia berdekatan jalan raya serta perumahan penduduk.

Difahamkan, kejadian itu berlaku beberapa hari lalu dan orang awam berkumpul di sekitar longkang berpalang besi itu untuk melihat buaya tersebut.

Seorang pengguna TikTok meninggalkan komen dengan mendakwa, haiwan tersebut sering dilihat di kawasan itu.

“Di Kuantan ni, selalu nampak main di kawasan itu,” ujarnya.

“Jangan disangka longkang yang tenang tiada buaya,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI