fbpx

Wanita tawar diri jadi isteri ketiga Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri ketiga Syamsul.

PETALING JAYA – Geram dengan Ira Kazar yang kini menjadi isteri kedua Syamsul Yusof, seorang wanita menawarkan diri untuk menjadi isteri ketiga pengarah popular tersebut.

Menerusi video tular dimuat naik pada TikTok, wanita tersebut yang menggunakan nama akaun @mexxrenn_ menyatakan hasrat tersebut sekali gus menerima maklum balas menggalakkan daripada netizen.

“Setuju tak kalau saya ‘sondol’ Syamsul daripada Ira Kazar? Kau sabar jap (kejap) Ira Kazar.

“Saya ‘on the way’ jadi bini nombor tiga Syamsul Yusof. Baru kau tahu macam mana rasanya laki kena rampas,” katanya pada video tersebut.

Dalam pada itu, wanita itu meminta netizen bersabar kerana mahu ‘mencari jalan’ mendapatkan Syamsul.

“Sabar guys tengah cari cara macam mana nak rampas Syamsul daripada Ira,” ujarnya.

Dalam masa sama, wanita itu turut memuat naik video kedua pada TikTok berserta kapsyen.

“Kalau ada rezeki, I akan jadi bini nombor tiga Syamsul Yusof ya. Biar bini nombor dua itu tahu macam mana rasanya kena rampas,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen memohon wanita itu mempercepatkan misi untuk menjadi isteri ketiga Syamsul.

“Buat kerja cepat sikit sis, tak sabar saya mahu lihat hasilnya,” kata seorang pengguna TikTok.

“Setuju, teruskan bagi dia merasai sama. Hancurnya sekeping hati,” kata pengguna yang lain.

Selain itu, ada juga netizen memuji kecantikan wanita tersebut dan memberi sokongan supaya dia melakukan tindakan merampas Syamsul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI