fbpx

Piala AFF: Harimau Malaya lulus ujian awal, atasi Thailand 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL Halim (tengah) meledak gol tunggal perlawanan untuk pastikan kemenangan 1-0 ke atas Thailand. - Foto oleh AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya terus menghidupkan impian ke final Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) selepas menewaskan juara bertahan, Thailand 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Jika perkiraan atas kertas dan kualiti permainan secara keseluruhan diambil kira, peratusan seakan lebih berpihak kepada skuad Gajah Perang sebaliknya magis pengendali negara, Kim Pan-gon sekali lagi terbukti dan kali ini disaksikan oleh lebih 62,000 penonton di stadium.

Selain ketangkasan penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, kerajinan Lee Tuck membantu tugasan bertahan, pertahanan muda negara, Sharul Nazeem Zulpakar juga turut mencuri perhatian apabila tenang membaca gerakan lawan dan berjaya melakukan hadangan bersih.

Keputusan itu menyaksikan kemarau kemenangan Thailand ke atas Malaysia terus berpanjangan, kali terakhir Gajah Perang atasi Harimau Malaya adalah pada 17 Disember 2014.

Tonggak negara, Faisal Halim yang menyambut ulang tahun kelahiran ke 25 hari ini memperoleh hadiah bermakna apabila menyumbangkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-11 selepas menerima hantaran berkualiti daripada V Ruventhiran.

Minit ke-28, Faisal yang memiliki ruang untuk melakukan rembatan dari luar kotak penalti bertindak lebih cemerlang, melorongkan bola kepada Quentin Cheng sebaliknya kesempatan itu gagal disudahkan dengan baik.

Reaksi balas yang ditunjukkan pasukan pelawat nyata menghadirkan rasa cemas kepada penyokong negara namun beberapa peluang terbaik dicipta tidak dapat disudahkan dengan lebih sempurna malah Ahmad Syihan turut bertindak cemerlang.

Sepuluh minit selepas aksi bersambung, pengadil perlawanan terus menjadi bahan cerita dikalangan peminat tempatan selepas Kim Dae Yong membatalkan gol kedua negara menerusi Darren Lok kerana mendakwa berlaku kekasaran sebelum jaringan terhasil.

Minit ke-63, suasana bertambah hangat apabila ‘ekor Harimau Malaya’ meraikan ketangkasan Ahmad Syihan yang menafikan percubaan jarak dekat Ekanit Panya.

Aksi separuh akhir kedua dijadualkan berlangsung di Stadium Thammasat, Selasa ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI