fbpx

29 terbunuh dalam operasi menangkap El Raton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASKAR Mexico dilihat di sebatang jalan di Culiacan, negeri Sinaloa kelmarin. -- AFP

BANDAR RAYA MEXICO – Seramai 10 askar dan 19 suspek penjenayah terbunuh dalam operasi menangkap Ovidio Guzman yang merupakan anak lelaki ‘raja’ dadah, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman, kata kerajaan Mexico kelmarin.

Ovidio Guzman yang digelar ‘El Raton’ (Si Tikus), didakwa telah membantu mengendalikan operasi kartel dadah bapanya sejak El Chapo diekstradisi dan dihukum penjara di Amerika Syarikat dalam tahun 2017.

Suspek berusia 32 tahun itu diberkas Khamis lalu di bandar Culiacan, barat laut Mexico dan diterbangkan ke Bandar Raya Mexico menggunakan sebuah pesawat tentera susulan risikan selama enam bulan untuk menjejakinya, kata kerajaan.

“10 anggota tentera hilang nyawa mereka semasa bertugas,” kata Setiausaha Pertahanan, Luis Cresencio Sandoval kepada wartawan sambil menambah, seramai 19 penjenayah turut terbunuh dalam operasi tersebut.

Amerika Syarikat (AS) telah menawarkan ganjaran sehingga AS$5 juta(RM22 juta) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan Guzman. AS menuduhnya menjadi individu yang memainkan peranan utama dalam kartel dadah Sinaloa.

Bunyi tembakan dan perbuatan mencetuskan kebakaran berleluasa di Culiaca selepas Guzman ditangkap. Perkembangan itu berlaku ketika Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador melakukan persiapan untuk menyambut kunjungan rakan sejawatnya dari AS, Joe Biden minggu depan sempena sidang

kemuncak pemimpin-pemimpin Amerika Utara di mana isu keselamatan dijangka menjadi agenda utama.

Laporan awal menyebut bahawa seorang anggota tentera terbunuh dan sekurang-kurangnya 28 orang cedera dalam keganasan itu, manakala sesi persekolahan juga ditangguhkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI