fbpx

Kemelut Sabah: Hajiji senyum, lambai tangan keluar istana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji memberikan lambaian dan senyuman kepada pengamal media ketika meninggalkan Istana Seri Kinabalu sebentar tadi -Foto: Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Selepas hampir satu jam mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, rombongan membawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dilihat keluar dari perkarangan Istana Seri Kinabalu.

Meninggalkan istana kira-kira pukul 5.13 petang, bagaimanapun usaha pengamal media mendapatkan komen Hajiji gagal.

Hajiji dilihat hanya memberikan lambaian dan senyuman sambil menurunkan tingkap di bahagian penumpang belakang.

Terdahulu, kenderaan jenis Lexus berwarna hitam bertulis no pendaftaran Ketua Menteri memasuki pintu utama istana sekitar pukul 4.20 petang.

Hajiji bertemu Yang di-Pertua Negeri Sabah namun tujuan pertemuan terbabit tidak dapat dipastikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI