fbpx

Orang ramai berjimat, utamakan kos sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU bapa di negeri ini mengambil langkah berjimat berikutan kos sara hidup kian meningkat sejak tahun lalu. – GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Golongan ibu bapa kini lebih mengutamakan anak-anak untuk dipakaikan pelitup muka bagi berjimat memandangkan ditekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi kini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, pemakaian pelitup muka kini bukan lagi menjadi norma ha­rian masyarakat di negeri ini apabila jumlah pemakainya dilihat sudah berkurangan berbanding sebelum kerajaan mengumumkan fasa peralihan ke endemik.

Seorang operator kilang, Shahrul Hassan, 39, berkata, dia kini perlu merancang perbelanjaan mereka sekeluarga berikutan kenaikan kos sara hidup.

“Saya lebih mengutamakan kos sara hidup harian daripada keluar wang beli kira-kira dua kotak pelitup muka setiap bulan.

“Pemakaian pelitup muka tidak lagi menjadi keutamaan melainkan hanya dipakai untuk anak-anak ke sekolah.

“Pelitup muka pun kena beli, lebih baik saya dahulukan barangan keperluan harian yang wajib terutama makan, minum dan urusan aktiviti harian yang melibatkan kos kewangan seperti minyak kereta serta motosikal,” jelasnya.

Dalam pada itu, tinjauan wartawan di lokasi tumpuan pelancongan di pusat bandar negeri ini termasuk di lokasi tumpuan ramai mendapati hanya sebilangan kecil masih memakai pelitup muka.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, ­Roszman Adnan, 41, berkata, dia sudah jarang memakai pelitup muka selagi tiada penguatkuasaan atau arahan daripada pihak kerajaan yang mewajibkan pemakaiannya.

Menurutnya, meskipun tidak memakai pelitup muka, namun dia tetap dalam keadaan berjaga-jaga susulan dua varian baharu Covid-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang menular di China sete­rusnya telah dikesan di Malaysia pada tahun lalu.

“Pelitup muka hanya dipakai sewaktu mendapatkan rawatan di klinik. Kedai-kedai mahupun pasar raya masih tidak ketatkan lagi pemakaiannya.

“Semuanya terpulang kepada diri sendiri. Kita sendiri yang kena peka dengan perkemba­ngan semasa.

“Selagi jumlah dan angka kes tidak serius, kita masih bebas tidak memakainya (pelitup muka),” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI