fbpx

Hajiji hilang kelayakan Ketua Menteri – Shafie Apdal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika sidang media khas di Pejabat Warisan hari ini.

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan sebarang perkara berhubung pembentukan kerajaan negeri dan ketua negeri perlu mengikut Perlembagaan Negeri Sabah.

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, semua pihak khususnya pemimpin juga perlu akur serta mematuhi perlembagaan negeri.

Menurutnya, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor seharusnya memahami perkara berkenaan dan sebarang kenyataan untuk mengambil hati rakyat negeri ini tidak akan menghentikan spekulasi kedudukannya yang tidak boleh dikekalkan.

“Hajiji telah hilang kelayakan sebagai Ketua Menteri Sabah seperti termaktub dalam Perkara 6(3) dibaca dengan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah yang menyatakan bahawa Ketua Menteri hendaklah daripada Ketua Parti yang mendapat majoriti bilangan kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 pada 2020.

“Hajiji kini bukan ahli atau ketua kepada mana-mana parti politik selepas beliau
meninggalkan Bersatu.

“Kenyataan beliau untuk menubuhkan parti politik baharu bukan sahaja berbentuk satu tindakan lompat parti tetapi turut mengkhianati mandat rakyat yang telah mengundi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dinaungi Bersatu dan PN,” katanya pada sidang akhbar khas di pejabat Parti Warisan sebentar tadi.

Mohd Shafie turut menyatakan GRS ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke 16 pada 2020 bersama Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Menurutnya, GRS kemudiannya didaftarkan sebagai sebuah parti politik sebelum Pilihan Raya Umum Ke 15.

“Ketika ini tidak dapat dipastikan samada Bersatu Sabah sebagai komponen utama GRS akan memilih untuk kekal bersama GRS.

“Hal ini kerana seorang Ketua Menteri yang bersendirian tanpa sebarang kepastian sama ada dia mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, perlu meletakkan jawatan seperti yang termaktub dalam Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah,” katanya.

Terdahulu, GRS menolak dakwaan UMNO Sabah tentang kedudukan Datuk Seri Hajiji Noor yang dikatakan tidak lagi mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk terus menjadi Ketua Menteri selepas keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun menyatakan kelayakan Hajiji sebagai Ketua Menteri adalah tidak terjejas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI