fbpx

Cuaca baik hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah diramal hampir seluruh negara pagi ini termasuk Sabah serta Sarawak.

Ia berikutan hanya dua negeri sahaja dilaporkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) sedang mengalami cuaca buruk setakat ini.

Menerusi kenyataan MetMalaysia di Facebook memaklumkan, hujan lebat serta ribut petir dan angin kencang dilihat berlaku di Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling) serta Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

“Keadaan tersebut dilaporkan bakal kembali reda menjelang pukul 12 tengah hari nanti,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI