PENGACARA dan pelawak terkenal, Jimmy Kimmel mendakwa ditawarkan berlakon dalam filem terbaharu Spider-Man 3. Lebih mengujakan, dia ditawarkan watak antagonis yang sangat jahat.
“Dengan besar hati, saya telah ditawarkan memegang watak Kraven the Hunter menerusi #SpiderMan3,” tulis Kimmel menerusi Twitter.
Filem Spider-Man 3 yang akan memulakan penggambaran sekitar akhir bulan ini sehingga Februari 2021 turut menampilkan Tom Holland sebagai watak utama.
Namun, apa yang melucukan, rata-rata netizen menganggap kenyataan itu sebagai satu gurauan dan tidak mempercayai tawaran watak jahat yang diterima Kimmel.