fbpx

Gajah Perang enggan remehkan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLKING (kiri) bersama pemain Thailand, Sasalak Haiprakhon bergambar selepas sidang akhbar menjelang aksi separuh akhir Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. – FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

PEMASANGAN pentas konsert Jay Chou hingga mengakibatkan skuad Harimau Malaya kehilangan 21,000 penyokong seakan-akan rahmat buat Thailand bagi mengharungi aksi separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Hadir ke Kuala Lumpur dengan misi memburu kemenangan, pengendali Thailand, Alexandre Polking jelas gembira dengan berita tersebut, namun tetap berwaspada dengan ancaman di atas oleh skuad Harimau Malaya.

“Sepanjang berada di sini, segala-galanya berjalan dengan baik, malah kami juga dapat rehat yang secukupnya. Sekarang barisan pemain kena ada kekuatan mental untuk meng­hadapi perlawanan sukar malam esok (malam ini).

“Paling utama adalah menghadapi ribuan penyokong lawan tetapi kami juga bernasib baik kerana ada konsert (kurangkan jumlah penyokong Malaysia). Kami gembira tentang perkara ini tetapi saya tetap akui perlawanan kali ini akan menjadi aksi sukar,” katanya pada sidang akhbar menjelang aksi separuh akhir pertama Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan sejumlah 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan kerana wujudnya pentas konsert Jay Chou yang dijadualkan berlangsung pada 15 Ja­nuari ini.

Mengulas lanjut, Polking menegaskan, Thailand tidak akan mengambil jalan selamat dengan menerapkan aksi bertahan sebaliknya tetap memburu kemenangan bagi mengurangkan tekanan sebelum aksi timbal balik di Bangkok, Selasa depan.

“Ia lebih kepada kekuatan mental dan perlawanan se­perti ini akan ditentukan oleh sekecil-kecil perkara dan kami akan cuba dapatkan gol. Pa­ling penting kami kena tahu apa yang kami kena buat dan kami datang ke sini bukan untuk bertahan.

“Jurulatih Malaysia merupakan seseorang yang penuh pe­ngalaman dan beliau datang dari negara kuat dalam bola sepak. Malaysia sentiasa ada kekuatan, jadi pemain kena ada sikap pejuang untuk dapatkan keputusan baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI