fbpx

Anthony Loke minta AirAsia X mohon maaf tangguh penerbangan 5 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke akan meminta pihak pengurusan syarikat penerbangan AirAsia X memohon maaf kepada penumpang yang terkesan dengan penangguhan penerbangan dari Melbourne, Australia baru-baru ini.

Anthony berkata demikian ketika membalas ciapan yang dibuat oleh seorang individu berhubung masalah berkenaan yang didakwa berlaku ketika mahu menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada 2 Januari lalu.

“Saya ambil maklum aduan ini. Saya akan minta pengurusan AirAsia X memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas.

“Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) juga akan menyiasat kes tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut individu itu juga, dia dan isterinya terkandas di Melbourne selepas penerbangan ditangguhkan pada 6 Januari.

Katanya, dia terpaksa berbelanja lebih dalam tempoh itu berikutan terpaksa menempah hotel pada saat-saat akhir.

“Saya juga terpaksa mengeluarkan wang ASB dan duit itu pula ‘terapung’kerana cuti umum.

“Kami hanya makan satu kali sahaja pada 1 dan 2 Januari kerana masalah itu. Kami juga sudah hubungi khidmat pelanggan AirAsia Australia, tetapi tidak menerima sebarang respons,” jelasnya.

Katanya, dia juga sudah membuat aduan kepada Mavcom serta AirAsia di Twitter tetapi masih lagi belum menerima sebarang maklum balas sehingga hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI