KUALA LUMPUR- Dua kakitangan Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) cawangan Tawau, Sabah disahkan posifif Covid-19.
Alliance Bank berkata, kedua-dua kakitangan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.
“Pihak bank dengan segera menutup cawangan Tawau dan kawasan e-lobi pada 16 Oktober, dan semua kakitangan telah menjalani ujian saringan Covid-19 susulan pengesahan seorang pengawal keselamatan di cawangan itu positif Covid-19.
“Cawangan tersebut dan kawasan e-lobi telah dibersihkan dan dinyahkuman,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Ujarnya, cawangan itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak. -K! ONLINE