SONG Hye-kyo sekali lagi mengundang pujian ramai apabila muncul menerusi drama yang kini sohor kini dalam media sosial iaitu The Glory.
Diterbitkan sebanyak lapan episod, drama arahan Ahn Gil-Ho itu berjaya membuat penonton tidak senang duduk melihat cara Hye-kyo melakonkan watak Moon Dong-eun membalas dendam selepas pernah melalui pengalaman dibuli dengan tragis di sekolah.
Sepanjang lapan episod, rata-rata penonton melahirkan rasa puas dan bertepuk tangan melihat satu persatu rancangan balas dendam Dong-Eun.
Sehingga kini, The Glory yang ditayangkan bermula 30 Disember lalu menjuarai carta paling popular dalam Netflix Malaysia.
Difahamkan, The Glory bakal bersambung kepada musim kedua yang dijangka ditayangkan sekitar Mac depan.
Pelakon: Song Hye-kyo, Lee Do-hyun, Lim Ji-yeon, Yeom Hye-ran, Jung Sung II
Episod: Lapan