fbpx

Putera Harry hilang teruna kepada wanita lebih tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Harry - AFP

LOS ANGELES – Anggota kerabat diraja Britain, Putera Harry menjelaskan bagaimana sebagai seorang pelajar berusia 17 tahun di Eton, England, beliau hilang teruna kepada wanita yang lebih tua daripadanya di padang belakang sebuah pub, lapor portal Daily Star semalam.

Dalam sebuah buku memoirnya, Duke of Sussex itu menulis: “Saya ‘menaikinya’ dengan cepat, selepas itu dia menampar dan ‘menghantar’ saya pergi.’

Nampaknya, ketidakbijaksanaan itu telah dikesan kerana Putera Harry kemudiannya menceritakan bagaimana seorang pengawal peribadi diraja telah dihantar untuk ‘mencari kebenaran’ tentang kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau terus menerangkan dalam buku baharunya berjudul ‘Spare’, bahawa pengawal diraja bernama Marko sebenarnya telah dihantar oleh ayahandanya ketika itu, Putera Charles untuk menyiasat khabar angin bahawa Harry mengambil dadah semasa menghadiri sekolah berasrama terkemuka itu.

Putera Charles kini  Raja Britain dengan gelaran Raja Charles III setelah bondanya, Ratu Elizabeth II mangkat pada September tahun lalu. 

Dalam pada itu, apabila pakar keselamatan tersebut mula menyoalnya, Putera Harry menulis: “Saya mengesyaki dia merujuk kepada kehilangan teruna saya. Episod memalukan dengan seorang wanita tua yang suka kuda bersifat kejantanan”.

Putera Harry berkahwin dengan aktres Amerika Syarikat (AS), Megan Markle pada 19 Mei 2018 di Istana Windsor, Britain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI