fbpx

Amerika Syarikat lulus vaksin lebah pertama di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vaksin itu bertujuan untuk membendung foulbrood, sejenis penyakit serius yang boleh melemahkan dan merosakkan sarang lebah. - Anadolu Agency/Getty Images

WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) meluluskan vaksin pertama di dunia untuk lebah madu, sekali gus meningkatkan harapan bagi melawan penyakit yang secara rutin merosakkan koloni yang melakukan proses pendebungaan, lapor akhbar The Guardian.

Jabatan Pertanian AS (USDA) memberi lesen bersyarat untuk vaksin yang dicipta oleh sebuah syarikat bioteknologi AS, Dalan Animal Health untuk membantu melindungi lebah madu daripada penyakit American Foulbrood (AFB).

“Vaksin kami adalah satu kejayaan dalam melindungi lebah madu.

“Kami bersedia untuk mengubah cara kami menjaga serangga, yang memberi kesan kepada pengeluaran makanan pada skala global,” kata ketua eksekutif Dalan Animal Health, Annette Kleiser.

Vaksin yang pada awalnya tersedia untuk penternak lebah komersial itu bertujuan untuk membendung AFB, sejenis penyakit serius yang disebabkan oleh larva bakteria Paenibacillus yang boleh melemahkan dan memusnahkan sarang lebah.

Pada masa ini, tiada ubat untuk penyakit tersebut. Ia menjangkiti satu perempat daripada keseluruhan sarang lebah madu di AS.

Penternak terpaksa memusnah dan membakar koloni yang terjejas selain menggunakan antibiotik untuk mencegah penyebaran selanjutnya.

“Penyakit itu mudah dikesan oleh penternak lebah kerana ia mengurangkan jumlah larva menjadi cecair berlendir coklat yang mempunyai bau tengik,” kata ahli entomologi Universiti Georgia,

Keith Delaplane yang telah bekerjasama dengan Dalan Animal Health untuk pembangunan vaksin.

Penyakit AFB berasal dari AS dan sejak itu telah merebak ke seluruh dunia. Menurut Dalan Animal Health, penemuan itu boleh digunakan untuk mencipta vaksin penyakit lain . – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI