fbpx

Tahniah sebab akhirnya mengaku – Puteri Sarah Liyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Sarah memberi reaksi berhubung pengakuan Syamsul.

PETALING JAYA – Sejurus pengarah kontroversi Syamsul Yusof membuat pengakuan telah menikahi Ira Kazar, Puteri Sarah Liyana Kamaruddin terus melayangkan ucapan tahniah kepada suaminya itu.

Kata pelakon itu, masa yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila Syamsul membuat pendedahan sudah berkahwin dua, selain telah berdaftar selepas sekian lama menjalani prosedur tersebut di negara jiran.

Puteri Sarah juga memberi bayangan bakal membongkarkan sesuatu menerusi satu video yang bakal dikongsikan dalam masa terdekat.

“Semua yang berlaku dituding sebagai kesilapan saya? Sekejap, saya tengah ‘shooting’. Kejap lagi saya buat video. Tunggu ye.

“Apa apa pun tahniah sebab akhirnya mengaku (poligami) dan berdaftar (nikah). Selepas berbulan nikah di Thailand kan,” katanya menerusi perkongsian di InstaStory.

Begitupun, nyata ibu kepada dua cahaya mat aitu musykil apabila dirinya pula dipersalahkan atas semua perkara.

Syamsul, 38, mendedahkan memilih untuk bernikah dengan Ira di Thailand hari ini bagi  memudahkan beberapa perkara.

Menerusi gambar yang dikongsikan, pemergian pasangan tersebut turut disertai bapa pengantin perempuan yang juga pelakon, Kazar.

Sebelum ini Puteri Sarah menyatakan suaminya sudah berkahwin dua di Selatan Thailand, namun dinafikan Syamsul yang kemudian mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI