fbpx

291 penerbangan tambahan 14 hari sempena Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke berucap pada Majlis Pelancaran Batik Air Extra Flights ke Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baru Cina 2023 serta pengumuman Servis Baharu Batik Air ke Tokyo, Osaka, dan Hokkaido di KLIA tadi.- GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

SEPANG- Sebanyak 291 penerbangan tambahan diluluskan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sepanjang tempoh 14 hari bersempena perayaan Tahun Baharu Cina kali ini.

Berita itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sambil menjelaskan angka itu diputuskan setakat hari ini dan kemungkinan ia boleh ditingkatkan lagi.

“Apa sahaja permohonan daripada semua empat operator tempatan bagi tambah penerbangan meliputi semua destinasi domestik akan dimudah cara pihak Mavcom sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan destinasi baharu Batik Air Malaysia ke Jepun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Katanya, inisiatif dilaksanakan oleh semua operator tempatan itu antara kaedah kementerian menangani isu harga tiket mahal setiap kali perayaan besar.

“Masalah berkenaan diakui berlarutan sejak sekian lama apabila musim cuti perayaan utama dan menjejaskan mereka yang berpendapatan rendah untuk balik ke kampung.

“Situasi itu amat dirasai dalam kalangan penduduk Sabah dan Sarawak yang tiada pengangkutan pilihan kecuali hanya terpaksa menaiki penerbangan dari Semenanjung

“Justeru, pihak kementerian menerusi Mavcom bertindak proaktif dengan meluluskan banyak permohonan penerbangan ekstra sebagai cara pengurangan kos tambang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI