fbpx

Kedai roti, stor barang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Anggota bomba menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran di dua buah rumah kedai di Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani pagi ini.

SUNGAI PETANI – Dua buah rumah kedai yang menempatkan premis pembuatan roti dan stor simpanan barang di Jalan Kuala Ketil di sini terbakar dalam kejadian pada pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.43 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita mendapati dua buah rumah kedai iaitu premis pembuatan roti dan stor penyimpanan barang terbakar dengan keadaan asap tebal serta api marak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, kerja-kerja memadam kebakaran dilakukan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Bakar Arang, Sungai Petani dan Bedong.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 10 pagi dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira enam minit kemudian,” ujarnya.

Tambahnya, premis pembuatan roti terbakar hampir 20 peratus manakala stor penyimpanan barang kira-kira 15 peratus.

“Kita masih menyiasat anggaran kerugian dan punca kejadian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI