fbpx

ST Rosyam Mart sasar 20 cawangan menjelang 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosyam (kanan) dan Raymond (dua dari kiri) bersama Roziah pada majlis pengiktirafan MBOR di ST Rosyam Mart Seksyen 9, Shah Alam hari ini. FOTO: SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Pasaraya ST Rosyam Mart menyasarkan membuka 20 cawangannya di sekitar Lembah Klang menjelang tahun 2025.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Rosyam Nor berkata, cawangan terbaharu yang akan dibuka adalah di Taman Ehsan Kepong seawal bulan depan.

Katanya, ini seterusnya menjadikannya cawangan ketujuh seterusnya memperkukuhkan jenama ST Rosyam Mart khususnya di Lembah Klang.

“Kita sasar buka 20 cawangan menjelang tahun 2025. InsyaAllah, selepas itu akan buka ST Rosyam untuk francais.

“Sudah tentu, kita cuba pergi lebih jauh sehingga tersenarai dalam bursa saham,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, ST Rosyam Mart menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record sebagai ‘First 24 hours Upscale Wholesale Retail Market’ dalam majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Roziah Abudin.

Pengiktirafan tersebut diberi kepada syarikat tersebut yang menjadi pasaraya runcit pertama dibuka 24 jam tanpa bercuti selama 365 hari dalam setahun bagi tahun 2022.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sri Ternak, Datuk Raymond Ho berkata, pasar raya tersebut akan mengadakan kempen jualan gudang bermula hari ini hingga 8 Januari.

“Diskaun sehingga 50 peratus diberikan sepanjang jualan itu dalam usaha membantu mengurangkan beban rakyat pada awal tahun ini,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI