fbpx

Batik Air mula terbang ke Tokyo, Osaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke menerima cenderamata daripada Pengarah Strategi Kumpulan Batik Air dan Lion Air, Datuk Chandran Rama Muthy di KLIA tadi. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

SEPANG- Batik Air Malaysia kembali terbang ke Sapporo Chitose di Jepun selain mula memperkenalkan dua destinasi baharu di negara itu iaitu Tokyo Narita dan Osaka Kansai.

Majlis pelancaran destinasi itu disempurnakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata, tiga laluan tersebut bakal melonjakkan imej negara sebagai destinasi percutian pada masa akan datang.

“Kami berbangga dapat membantu Malaysia menjana sektor pelancongan tempatan dan menawarkan peluang perniagaan untuk diteroka luas kedua-dua negara.

“Tiga destinasi itu memiliki keunikan tersendiri sekali gus menzahirkan perasaan optimis ramai warga Jepun datang ke Malaysia,” katanya semasa berucap pada majlis itu.

Pada masa sama, Batik Air Malaysia bakal menambah kekerapan penerbangan ke Kuching dan Kota Kinabalu sebanyak 35 kali bermula 18 Januari ini bersempena Tahun Baharu Cina.

“Tiket juga ditawarkan pada harga tetap yang kompetitif iaitu RM299 ke Kuching dan RM399 ke Kota Kinabalu dengan tawaran dibuka sehingga 15 Januari ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI