fbpx

Ramai kongsi ulang-alik kerja lebih 300km sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ramai pengguna media sosial berkongsi pengalaman berulang-alik dari rumah ke tempat kerja sehingga melebihi 300 kilometer (km) sehari demi mencari rezeki.

Menerusi hantaran pengguna TikTok @kakiSTRIE, dia memaklumkan perlu berulang-alik lebih 89km setiap hari dari Shah Alam ke Sungai Besar untuk ke tempat kerja.

Katanya, itu adalah rutin hariannya selama hampir tiga tahun.

“Semoga murah rezeki kami pada 2023 ini,” tulisnya pada ruangan kapsyen video.

Sehubungan itu, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian pengguna yang lain, dan mereka turut berkongsi jarak perjalanan ke tempat kerja masing-masing.

“Berulang Klang ke Ayer Keroh (326 km) setiap hari dah setahun tiga bulan. Air mata yang mengalir tak tahu berapa banyak.

“Doakan tahun 2023 ini doa aku terjawab,” kata Kakak Petak.

“Bentong ke Putrajaya, hari-hari dah 10 tahun,” kata Wan Azhan.

“Saya dari Sungai Besar ke tempat kerja di Sepang, setiap hari pukul 4 pagi bertolak dari rumah,” kongsi Nickamie.

“Saya dari Klang ke Senawang selama 6 tahun dah berulang-alik untuk cari rezeki buat keluarga, moga Allah permudahkan,” ujar Shajimiee.

Dalam pada itu, antara alasan mereka terpaksa berulang-alik pada jarak agak jauh adalah disebabkan tidak mampu menyewa rumah lain yang agak jauh, selain tidak mahu berjauhan dengan pasangan serta keluarga di rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI