fbpx

Jenayah indeks di Pulau Pinang menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Shuhaily ketika Majlis Perhimpunan Bulanan Kontinjen Pulau Pinang di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, di sini hari ini. Gambar/IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Keseluruhan jenayah indeks di negeri ini menunjukkan aliran penurunan sebanyak 43.4 peratus dengan 2,657 kes dicatatkan pada 2022.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, ini berdasarkan kiraan nilai ambang bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2022 iaitu sebanyak 6,120 kes berbanding jenayah indeks iaitu sebanyak 3,463 kes.

”Secara keseluruhannya kejayaan yang dikecapi dari segi penurunan kadar jenayah indeks tahun 2022 disumbangkan oleh hasil perancangan pada 2021,”katanya dalam sidang akhbar di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi kategori jenayah kekerasan, jumlah nilai ambang ialah sebanyak 1,488 kes berbanding dengan jenayah indeks iaitu 946 kes iaitu penurunan sebanyak 542 kes atau 36.4 peratus.

”Pada tahun 2022, sebanyak 8,641 kertas siasatan dibuka dan 4,290 atau 49.65 peratus kertas siasatan telah dituduh,” jelasnya

Beritahu beliau lagi, sepanjang tahun 2022, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM15.56 juta dan 13,110 orang telah ditahan.

Tambahnya, sepanjang tahun lalu, sebanyak 2,546 kes dicatatkan dengan jumlah kerugian kira-kira RM122.17 juta berbanding tahun 2021, di mana sebanyak 3,209 kes dicatatkan dengan jumlah kerugian sebanyak RM538.20 juta.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI