fbpx

Piala AFF: Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 tengah malam Sabtu ini.

Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) memaklumkan, ia bagi menarik kehadiran penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang perlawanan separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

“Bagi kelancaran pergerakan penumpang yang menaiki tren ke stadium, tren tambahan akan disediakan sejurus tamat perlawanan untuk keselesaan dan kelancaran pergerakan penyokong pulang ke destinasi masing-masing.

“Kesemua stesen integrasi masih boleh diakses bagi penumpang dari Stesen Bukit Jalil yang ingin meneruskan perjalanan menggunakan tren laluan berbeza ke destinasi yang ingin ditujui,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, penumpang dinasihatkan menggunakan Kad Touch ‘n Go serta memastikan baki kad mencukupi sebelum tiba di stesen bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik

“Sejumlah 13,892 ruang parkir tersedia di stesen-stesen LRT dan Transit Aliran Massa (MRT) terpilih bagi penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan tren untuk ke stadium.

“Penumpang boleh menikmati kadar bayaran tetap parkir (flat rate) sebanyak RM4 apabila menggunakan kad Touch ‘n Go yang sama ketika menaiki perkhidmatan tren,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Rapid Rail akan menempatkan kakitangan tambahan bagi melancarkan pergerakan penumpang keluar masuk di stesen serta kemudahan surau juga disediakan bagi penyokong muslim menunaikan solat.

Bagi memudahkan penumpang merancang perjalanan mereka, sila rujuk media sosial serta aplikasi PULSE Rapid KL bagi mendapatkan informasi terkini mengenai status perkhidmatan.

Sebagai langkah keselamatan, penumpang diwajibkan untuk memakai pelitup muka sepanjang berada di kawasan stesen dan di dalam tren bagi mengekang penularan Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI