fbpx

Mayat warga emas ditemui terapung selepas hilang tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa mayat seorang lelaki warga emas ke tebing Sungai Seneng, Jelawat selepas ditemui dalam keadaan terapung di sungai berkenaan, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

BACHOK – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Seneng, Jelawat di sini, hari ini, selepas hilang sejak tiga hari yang lalu.

Mangsa yang berusia 74 tahun itu dijumpai oleh penduduk kampung berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Amir, 40, berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Mujur di sini, dikatakan hilang sejak tiga hari lalu.

Katanya, lelaki itu sebelum ini sudah beberapa kali dilihat mahu terjun ke dalam sungai itu, namun sempat dihalang oleh penduduk kampung sebaik sahaja melihat dia cuba berbuat demikian.

“Keluarganya memaklumkan kehilangannya kepada polis. Penduduk kampung yang menyedari penemuan mayat itu terus menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Mohd. Zamizi Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 2.29 petang sebelum seramai lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang berada di tengah-tengah kawasan sungai itu.

“Paras air sedang pasang ketika itu menyebabkan anggota bomba menggunakan bomba untuk membawa mayat ke tepi sungai.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI