fbpx

Achey beli 20 buah motosikal ‘kapcai’, bantu orang susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACHEY

KUALA LUMPUR – Pelawak Achey Bocey mendedahkan dia pernah memiliki koleksi lebih 24 buah motosikal kapcai hasil kerja keras bekerja sebagai seorang anak seni.

Kata Achey atau nama sebenarnya, Mohd. Nasir Hamzah, 35, dia sememangnya peminat motosikal jenis kapcai sejak dahulu lagi.

“Hobi saya beli motor tetapi bukan motor berkuasa tinggi atau yang mewah. Sekarang sudah kurang. Tinggal lebih 20 biji. Ada di kampung dan simpan di beberapa tempat.

“Misalnya, model Modenas Kriss ada empat biji. Model SYM ada tiga biji. Kebanyakannya saya beli untuk membantu individu yang memerlukan duit. Ada motor yang saya beli dipinjamkan kepada orang susah di kampung. Saya tidak kisah pun andai tidak dikembalikan semula kepada saya,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Atas rasa cinta terhadap motor jenis kapcai, suami kepada wanita bernama Nur Hassanah Yahya itu bakal mengusahakan sebuah kedai aksesori motosikal tidak lama lagi.

“Kedai itu saya namakan Motor Planet dan akan beroperasi di Shah Alam, Selangor.

“Kedai itu akan jadi macam pusat sehenti untuk aksesori motosikal. Saya sudah pun berbincang dengan dua tiga syarikat aksesori motosikal. Saya dapat komisyen sedikit sahaja,” kata juara program Bintang Mencari Bintang musim pertama itu.

Diusik pertanyaan sama ada kekayaan yang diraih berpunca daripada aktiviti Macau Scam yang menggemparkan industri seni tanah air sejak kebelakangan ini, jawab Achey: “Bukan suntikan ‘dana’ daripada aktiviti seperti itu. Saya tiada pakej dan rupa paras untuk dijadikan perantara akviti seperti itu.

“Ini semua rezeki yang Allah pinjamkan untuk saya. Ada duit sedikit, saya labur untuk buat perkara yang saya suka atau minat.”

Achey ditemui Kosmo! Online sewaktu majlis penyerahan sumbangan cek bernilai RM15,000 daripada syarikat produk wangian, SugarBomb kepada Makmal Penyelidikan Kanser Universiti Putra Malaysia (UPM) – Majlis Kanser Nasional (MAKNA) (CANRES) di Klang, Selangor baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI