fbpx

Proses ambil pekerja asing sepantas 30 hari – Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution ketika bercakap pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing di Putrajaya hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Majikan di Malaysia yang amat memerlukan tenaga kerja asing dijangka dapat menikmati proses pengambilan lebih pantas dengan sasaran tempoh cuma 30 hari.

Demikian jaminan disuarakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang akhbar khas bersama-sama Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.

“Bayangkanlah dulu makan masa berbulan-bulan malah untuk buat iklan pekerja asing pun lebih sebulan tetapi selepas ini kita sasar selesai dalam masa 30 hari sahaja,” katanya, hari ini.

Terdahulu, mereka berdua mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing di Kementerian Sumber Manusia (KSM) di sini yang turut disertai beberapa menteri dan pegawai kanan pelbagai kementerian.

Jemaah menteri sebelum ini memutuskan agar dibuat semula penjajaran pengurusan dan kewajaran kelonggaran bersesuaian demi memacu kembali pertumbuhan ekonomi negara tahun ini.

Tiga kertas cadangan telah dibentang yang meliputi pelarasan fungsi dengan diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), kelonggaran prosedur dan unjuran sebenar pekerja.

Mengulas lebih lanjut, Saifuddin berkata, kerajaan menyedari rintihan pelbagai sektor dan berharap tempoh waktu proses yang amat panjang sebelum ini akan boleh dipercepatkan.

“Kita lihat sebenarnya ada banyak ruang yang boleh dipendekkan dan semua agensi terlibat telah diarah untuk kemuka cadangan dalam masa terdekat bagi pelaksanaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI