fbpx

Rozita masih jual nasi lemak 60 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROZITA bersama Mohd. Pozid menunjukkan nasi lemak berharga 60 sen yang dijual di gerainya di Kampung Terap Batu 12, Jalan Kulim-Serdang di Kulim semalam. – AZAHAR HASHIM

KULIM – Dalam keadaan ekonomi tidak menentu termasuk kenaikan harga barang, ramai peniaga yang menaikkan harga jualan mereka untuk memperoleh keuntungan.

Namun berbeza dengan peniaga nasi lemak 60 sen yang berniaga di Kampung Terap Batu 12, di sini.

Menurut Rozita Che Me, 45, dia dan suami, Mohd. Pozid Hamid, 46, berniaga di situ dengan dibantu tiga pekerja sejak sembilan tahun lalu.

“Walaupun pengguna dibelenggu dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup, saya tetap menjual nasi lemak pada harga 60 sen sebungkus.

“Saya jual nasi lemak bilis dengan telur, gulai udang, ikan masin, sambal ayam, sotong dan kerang pada harga sama dengan kuantiti seperti dijual peniaga lain.

“Saya jual nasi lemak pada harga murah untuk melakukan amal dalam perniagaan terutama meringankan beban orang ramai terutama penduduk kampung di sini,” katanya ketika ditemui semalam.

Bekas operator kilang itu berkata, dia tidak terlalu memikirkan soal keuntungan dan bersyukur perniagaan semakin mendapat sambutan.

“Selain itu, saya juga menjual mihun, mi serta kuetiau goreng pada harga murah iaitu RM1 sebungkus, malah nasi berlauk juga dijual dengan harga berpatutan.

“Walaupun keuntungan tidak terlalu banyak, namun ia memberi kepuasan kerana pe­langgan yang mempunyai anak ramai dapat menikmati makanan di gerai kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI