fbpx

Jalan Batang Kali – Genting Highlands dibuka mulai 5 petang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor ditutup sejak 16 Disember lalu ekoran kejadian tanah runtuh akan dibuka semula esok bagi kegunaan pengguna jalan raya.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pembukaan melibatkan Jalan Negeri B66 laluan Batang Kali-Genting Highlands Seksyen 10.4, akan dibuka pada pukul 5 petang esok.

Katanya, laluan sementara akan dibuka di laluan berkenaan melibatkan satu lorong dan terhad kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JKR.

“Syarat itu melibatkan, pekerja di kawasan Genting Highlands yang mempunyai surat pengesahan majikan sahaja dan kelas kenderaan yang dibenarkan adalah kepada kenderaan kelas 1 (kenderaan motokar, teksi dan kenderaan pelbagai guna) dan kenderaan kelas 6 (motosikal dan skuter) sahaja.

“Selain itu, pengguna yang menggunakan laluan tersebut tidak dibenarkan berhenti di kawasan kejadian tanah runtuh,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Tambah kenyataan itu,pengguna jalan raya perlu berhati-hati ketika melalui laluan tersebut dan mematuhi arahan papan tanda yang telah disediakan kerana kerja-kerja pemantauan cerun masih berjalan.

JKR juga memaklumkan pengguna jalan raya disarankan untuk menggunakan dua laluan alternatif lain bagi mengurangkan risiko kesesakan di jalan berkenaan.

“Antara jalan alternatif lain yang boleh dilalui adalah Jalan Negeri B23, laluan Ulu Yam – Batu Caves dan Jalan Persekutuan FT001, laluan Kuala Lumpur – Ipoh,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup selama setahun bagi kerja-kerja pemulihan cerun.

Orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi JKR Hulu Selangor di talian 03-60641046, 03-60641146, 03-60641058 dan 03-60641073. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI