fbpx

Piala FA: Antony kembali perkuat Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY kembali menyertai sesi latihan bersama United selepas dilaporkan mengalami kecederaan ketika menentang Wolves sebelum ini. – AFP

MANCHESTER – Pemain sayap Manchester United, Antony kembali turun menjalani latihan menjelang aksi pusingan ketiga menentang Everton awal pagi esok.

Pemain Brazil itu terlepas aksi menentang Bournemouth ketika United mencatat kemena­ngan 3-0 selepas dia beraksi menentang Wolverhampton pada malam menjelang tahun baharu, Sabtu lalu.

Pengendali United, Erik Ten Hag sebelum ini ditanya me­ngenai ketiadaan Antony dalam senarai skuad yang turun menghadapi Bournemouth di Old Trafford dan beliau memberitahu bahawa pemain itu mengalami kecederaan.

Situasi itu menyebabkan Ten Hag menurunkan Bruno Fernandes sebagai pemain sayap kanan, manakala Donny Van De Beek berfungsi sebagai pemain tengah menyerang, namun pemain Belanda itu hanya sempat beraksi selama 45 minit sebelum dikeluarkan kerana kecederaan.

Situasi itu menyebabkan Antony hampir pasti berada dalam senarai The Red Devils ketika mereka sedang mengintai kemenangan untuk mara ke pusingan keempat.

United ketika ini berada dalam momentum kemenangan selepas mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas saingan disambung semula apabila ber­akhirnya kempen Piala Dunia ­Qatar 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI