fbpx

Hong Kong buka semula sempadan China dengan kuota 60,000 orang Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG RAMAI membeli barangan di bandar Sheung Shui dekat sempadan Tanah Besar China di Hong Kong semalam. – AFP

HONG KONG – Berpuluh-puluh ribu orang boleh melakukan perjalanan antara  Hong Kong dan China mulai Ahad ini dalam kelonggaran undang-undang pandemik yang sebelum ini menyaksikan sempadan pulau berkenaan dan tanah besar ditutup selama hampir tiga tahun.

Penutupan itu menyaksikan keluarga terpisah, pelancongan tergendala dan menjejaskan sebahagian besar perjalanan perniagaan dengan Hong Kong amat terjejas dan menamatkan tahun 2022 dalam kemelesetan teruk.

Beberapa pegawai mengumumkan perubahan peraturan sempadan paling dramatik  yang dilaksanakan sejak awal tahun 2020 itu hari ini. 

Ketua pentadbiran Hong Kong, John Lee berkata, bermula Ahad ini, sehingga 50,000 penduduk Hong Kong boleh mendaftar secara online untuk merentas sempadan pada setiap hari di tiga lintasan sempadan darat.

Seramai 10,000 orang lagi boleh memasuki Tanah Besar China menerusi jalan laut, udara atau jambatan tanpa perlu mendaftar terlebih dahulu, katanya pada satu sidang akhbar.

Jumla serupa akan dibenarkan melakukan perjalanan dari tanah besar ke Hong Kong, manakala prosedur kuarantin wajib akan dimansuhkan.

Lee meramalkan langkah itu akan memberikan impak ‘amat besar’ ke atas ekonomi Hong Kong yang terjejas teruk.

“2023 akan menjadi tahun lebih hebat, lebih makmur,” katanya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI