fbpx

Amazon akan buang lebih 18,000 pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 23 September 2021 menunjukkan logo Amazon. – AFP

WASHINGTON  – Amazon mengumumkan semalam bahawa syarikat jualan online berkenaan akan menamatkan lebih 18,000 pekerjaan daripada tenaga kerjanya dan menyatakan ‘ketidakpastian ekonomi’ serta ‘tindakan menggaji terlalu ramai pekerja’ semasa pandemik sebagai alasan berbuat demikian.

“Kami merancang untuk menamatkan cuma lebih sedikit daripada 18,000 pekerjaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Andy Jassy dalam satu kenyataan kepada kakitangannya. Syarikat itu mengumumkan pemberhentian seramai 10,000 pekerja pada November 2022.

Jassy berkata, kepimpinan syarikat ‘amat sedar bahawa  tindakan pemberhentian itu sukar buat pekerjanya dan tidak dibuat sewenang-wenangnya’.

“Kami sedang berusaha memberikan sokongan kepada mereka yang terjejas termasuk pakej pembayaran pemberhentian pekerjaan, manfaat insurans kesihatan dan sokongan pekerjaan luar,” kata Jassy.

Sebilangan pemberhentian itu melibatkan Eropah, katanya sambil menambah, semua pekerja yang terjejas akan dimaklumkan bermula 18 Januari ini.

Menurutnya, pengumuman mengejut itu dibuat kerana ‘salah seorang rakan sekerja kami telah membocorkan maklumat ini kepada pihak luar’.

Amazon mempunyai 1.54 juta pekerja di seluruh dunia setakat September 2022. – AFP 

                

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI