fbpx

EPL: Kane hampiri rekod penjaring terbanyak Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE meledak dua gol ketika Spurs berjaya menewaskan Palace 4-0 pada aksi awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte menjangkakan Harry Kane mampu memecahkan mana-mana rekod selepas penyerang England itu makin menghampiri pencapaian penjaring terbanyak kelab yang dipegang oleh Jimmy Greaves dengan 266 gol.

Dua gol yang dihasilkan Kane melengkapkan jaringan ke 264 bersama Spurs dan turut bantu pasukan raih kemenangan selesa 4-0 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park, awal pagi semalam.

Jaringan itu juga mengesahkan gol ke 198 Kane dalam Liga Perdana Inggeris untuk menghuni kedudukkan ketiga dalam senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan Alan Shearer (260) dan Wayne Rooney (208) mendahuluinya.

Ini adalah kemenangan sulung Spurs selepas Piala Dunia dan Conte pastinya menjadi individu paling gembira dengan keputusan itu.

“Saya fikir untuk bercakap tentang Harry, kita tidak perlu lagi buang masa untuk me­nerangkan lebih lanjut. Saya ulang sekali lagi, kita kini sedang bercakap tentang penyerang berkelas dunia dan jumlah jaringannya akan pecahkan mana-mana rekod sekalipun.

“Bagi kami dia adalah rujukan utama, bukan hanya untuk menjaringkan gol terutamanya ketika berdepan detik sukar. Harry tahu dia sudah bersedia untuk berjuang, bantu rakan sepasukannya dan menyelesaikan masalah jaringan pasukan,” katanya.

Gol itu juga adalah yang ke-15 musim ini dalam Liga Perdana Inggeris, dipisahkan enam gol berbanding pendahulu carta penjaring terbanyak, Erling Haa­land, manakala dua lagi gol Spurs dihasilkan oleh Son Heung-min dan Matt Doherty.

Dalam tiga penampilan awal sejak berakhirnya Piala Dunia, Spurs hanya raih satu keputusan seri dan tewas sekali sekaligus meletakkan kelab dari London itu tiada pilihan lain kecuali menyiapkan diri bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Untuk kekalkan dengan cara ini dan berdepan situasi positif mahupun negatif, kami perlu sentiasa ada semangat luar biasa, karakter dan cuba atasi sebarang kesukaran,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI