KUALA LUMPUR – Seorang pekerja premis Bluecube di Sandakan, Sabah disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin serta menunggu keputusan ujian kedua.
Celcom Axiata Berhad berkata, pihaknya telah menutup premis itu dan sedang melakukan pengesanan kontak rapat kakitangan tersebut melibatkan semua pekerja, pengawal dan juruteknik premis berkenaan.
“Proses sanitasi secara menyeluruh juga telah dijalankan di premis dan fasiliti tersebut.
“Semua kakitangan dan keluarga mereka telah melakukan ujian dan sedang menjalani kuarantin di rumah sebaik sahaja pekerja berkenaan disahkan positif wabak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE