fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di enam negeri sehingga pukul 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, negeri-negeri tersebut adalah Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Perak, kawasan yang akan berdepan dengan cuaca buruk sama adalah Hulu Perak, manakala di Kelantan pula adalah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Situasi sama turut diramalkan di Pahang (Rompin) dan Johor (Segamat dan Kluang),” katanya.

Tambahnya lagi, amaran ribut petir turut dikeluarkan di Sarawak melibatkan kawasan Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Mukah) dan Bintulu (Tatau).

Sementara itu, seluruh Wilayah Persekutuan Labuan dijangka mengalami hujan lebat, manakala di Sabah pula kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Beluran).

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI