fbpx

Alasan Lee Seung-gi botakkan kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE SEUNG-GI

PENAMPILAN pelakon dan penyanyi Lee Seung-gi yang berkepala botak ketika menghadiri acara KBS Drama Awards 2022 baru-baru ini mengejutkan ramai.

Imej baharu Seung-gi itu dikaitkan dengan kes mahkamah membabitkan bekas agensinya, Hook Entertainment yang tidak membayar hasil pendapatan penjualan albumnya selama 18 tahun.

Ketika menerima anugerah Best Couple Award, selebriti serba boleh itu menjelaskan punca berimej sebegitu memandangkan sudah timbul isu mengaitkan situasi semasa.

Jelas Seung-gi, dia membotakkan kepala demi menjayakan watak baharu dalam sebuah filem.

“Sebelum beri ucapan terima kasih, saya nak jelaskan mengapa saya botakkan kepala. Ramai buat spekulasi saya botak kerana masalah peribadi.

“Tetapi sebenarnya sekarang saya sedang menjalani penggambaran filem. Saya jadi seorang sami.

“Orang ramai lihat saya dengan pandangan kasihan, saya fikir tidak perlulah begitu,” ucapnya meminta orang ramai tidak salah faham dengan imej tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI