fbpx

Polis papar poster penjenayah dikehendaki tanpa gambar, nama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis hanya meletakkan nama samaran penjenayah serta imej grafik umum yang sama. – Twitter

SANTA MARTA, COLOMBIA – Polis Colombia menerima kecaman hebat apabila mengeluarkan poster memaparkan gambar penjenayah-penjenayah dikehendaki tanpa meletakkan wajah dan nama sebenar mereka, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pada 2 Januari lalu, Jabatan Polis Santa Marta mengeluarkan poster memaparkan 12 penjenayah dikehendaki di bandar itu serta meminta bantuan orang awam untuk memburu ahli kartel dadah, Los Pachenca.

Kesemua 12 individu berkenaan merupakan suspek dalam beberapa kes jenayah yang berlaku di sekitar Santa Marta sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bagaimanapun, polis hanya meletakkan nama samaran mereka serta imej grafik umum yang sama, di mana sepatutnya gambar wajah sebenar didedahkan.

“Adalah penting supaya orang awam dapat membantu polis mengenal pasti individu-individu yang mengganggu kehidupan di seluruh bandar ini.

“Polis akan memberikan ganjaran kepada sebarang maklumat yang dapat membantu kami mengenal pasti suspek,” kata komander tinggi polis.

Keadaan itu jelas menunjukkan polis tidak mempunyai banyak petunjuk untuk mengesan kesemua suspek. Ia membuatkan orang awam mengkritik jabatan polis kerana mengeluarkan poster dalam keadaan seperti itu.

“Petunjuk pertama: Mereka semua kelihatan serupa,” kata seorang netizen di laman Twitter.

“Ia merupakan sebuah badan siasatan polis Colombia. Usaha yang hebat! Mereka tidak berkongsikan gambar kerana ia akan menyebabkan gaji mereka lesap,” kata seorang pengguna lain secara sinis.

Poster tersebut kemudian dipadam selepas menerima kecaman hebat dan tular di media sosial. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI