fbpx

Tekanan tempat kerja, lelaki Myanmar mati jatuh flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT lelaki Myanmar ditemui di tingkat satu Flat Taman Nagasari, Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga Myanmar yang mengalami kemurungan akibat tekanan di tempat kerja ditemui mati dipercayai selepas terjatuh dari tingkat tinggi Flat Taman Nagasari, Perai di sini hari ini.

Bagaimanapun belum dapat dipastikan aras sebenar tempat mangsa yang dikenali sebagai Min Zaw, 25, itu terjatuh dari bangunan tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 11 pagi berhubung kejadian itu.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di tingkat satu dan usaha menurunkan mangsa dilakukan pihak bomba.

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati kecederaan parah pada kepala dan disyaki tiada unsur perbuatan jenayah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Shafee berkata, hasil temu bual rakan sebiliknya mendapati mangsa pulang ke rumah kira-kira pukul 8 pagi tadi selepas selesai bekerja di sebuah kilang di Perai.

“Rakannya memberitahu mangsa merupakan operator pengeluaran yang bekerja sejak tujuh bulan lalu dan sering murung dipercayai akibat tekanan ditempat kerja,” katanya lagi.

Shafee berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi urusan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI