fbpx

Banyakkan simpanan hadapi cabaran 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
SHARKAWI LONDING
WAKIL KOSMO! JOHOR

TAHUN baharu 2023 yang kurang seminggu membuka tirai tahun ini menyaksikan kelembapan ekonomi di negara serantau termasuk Malaysia menggusarkan lebih 32.9 juta penduduk yang menghuni negara bertuah ini.

Mana tidaknya, belum lagi menghela nafas lega berdepan cabaran Covid-19 yang mencengkam dunia sejak dua tahun lalu sehingga kehidupan manusia seluruh dunia terjejas.

Ada yang terpaksa menerima hakikat diberhentikan kerja, menggadai harta benda bagi memastikan duit poket cukup demi kelangsungan hidup, malah ada yang terpaksa berhutang sana-sini, menagih simpati demi anak bini asalkan ada makanan untuk mengisi perut.

Kita baru sahaja memasuk hari kelima tahun 2023, Malaysia baru sahaja mengorak langkah keluar dari kemelut ketidakstabilan politik apabila Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan bagi memilih kerajaan pada 19 November tahun lalu.

Usai PRU15 diadakan, terbentuk Kerajaan Perpaduan untuk mene­rajui negara dalam memastikan kehidupan sosial yang selama ini terhimpit dengan isu kenaikan harga barang, perkhidmatan dan lain-lain lebih terjamin.

Pengarah Institut Pemba­ngunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, dua cabaran ekonomi yang perlu ditangani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pentadbiran negara dan barisan kabinet.

Pertama, negara perlu menyusun strategi berdepan kelembapan ekonomi tahun 2023.

“Apakah langkah kerajaan untuk memastikan prestasi global ini tidak menjejaskan proses pemulihan ekonomi negara dan kesejahteraan hidup rakyat?

“Kedua, menangani halangan struktural yang menjejaskan kua­liti hidup rakyat dan membelenggu negara untuk kekal berdaya saing, isu kos sara hidup termasuk kenaikan harga barang, kualiti pekerjaan dan pendapatan, selain lambakan pekerja ­asing.

“Sudah lama cabaran struktural ini dibincangkan dan pelbagai kepututsan diumumkan, namun pelaksanaan menjadi cabaran utama kerajaan, pelaksanaan yang berkesan perlu bersifat transformatif dan rentas kementerian,” katanya.

Jelas Noor Azlan, tiada cabaran merupakan milik mutlak satu kementerian sahaja, penyusunan semula jentera Kerajaan Perpaduan ketika ini membo­lehkan koordinasi pelaksanaan yang berkesan diperlukan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan & Perniagaan, Universiti Tenologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka, Prof. Madya Dr. Ahmad Fadhly Arham turut bersetuju kerajaan yang baru dibentuk perlu komprehensif serta agresif mena­ngan isu yang membelenggu rakyat.

Katanya, selain kestabilan politik, apa yang yang rakyat ketika ini mahu adalah mena­ngani isu kenaikan harga barangan yang saban hari semakin naik sehingga mencekik leher yang sekian lama sudah lemas dengan ketidaksejahteraan ini.

“Pada pendapat saya, selain kerajaan, kita sebagai rakyat perlu bijak dalam menangani cengkami isu kenaikan harga barang, tahun 2023 dilihat lebih mencabar daripada tahun-tahun sebelum ini, kerana semua perkara akan berlaku peningkatan dari segi kos.

“Jadi, rakyat perlu berhemah dalam berbelanja, banyakkan buat simpanan tunai atau aset seperti pelaburan emas dan sebagainya demi kecemasan masa baki hari-hari mendatang, selain belanja ikut keperluan bukan ikut hawa nafsu dan kehendak,” katanya.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI