fbpx

Selamat datang isu mual, kecamlah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BELUM sampai seminggu gelanggang Tahun Baharu 2023 dibuka, gendang tari sensasi dunia hiburan sudah awal-awal lagi memberi isyarat ‘tiada tarikh pelupusan’.

Tidak habis-habis dengan diari hati pelakon Puteri Sarah Liyana yang terbuka dibaca segenap lapisan, baik semasa bercuti atau sudah pulang ke tanah air, bersambung juga dengan cerita sambutan malam

Tahun Baharu 2023 pelakon Riena Diana dengan top tank bertali halus dedah perut dan tayang dada (sekadar contoh), semua itu hanya contisyarat, khalayak tak akan berhenti dihidangkan cerita-cerita sedemikian biarpun mencebuh, tetapi tetapi masih buru-buru dibaca, kemudian dikecam.

Ibarat di mana ada gula di situ ada semut. Itulah kisah lucu netizen zaman sekarang yang mungkin berlaku di mana sahaja ada artis di ceruk dunia.

Jika khalayak di Malaysia berasakan keterbukaan segelintir selebriti menjaja hal peribadi sebagai kandungan media sosial sehingga disedut menjadi bahan berita portal-portal atau seksyen hiburan akhbar arus perdana, apa yang berlaku di negara luar sama sahaja, bahkan mungkin lebih ‘agresif’.

Mereka jelik dan mengutuk media yang menyiarkan kisah-kisah artis, tetapi dalam masa sama, mereka sangat mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Wahai netizen, sudah masuk tahun 2023, cukup-cukuplah menghukum kisah-kisah dunia hiburan sebagai berita sampah kerana itulah juga membeliakkan mata kalian saat terbaca sesebuah isu, rahsia artis ‘kantoi’ atau insiden kemalangan biarpun sekadar melibatkan nama pelakon tambahan.

Asalkan nama artis semua mudah buka mata. Asalkan artis, buka sahaja tabung rayuan derma, ratusan ribu berjaya dikutip atas nama keprihatinan dan kasih sayang terhadap artis pujaan.

Bukan mempersoalkan, namun itulah hakikat, sesetengah netizen atau pembaca akhbar muak saat membaca tajuk berita melibatkan sensasi berpanjangan seseorang artis. Namun, dari satu sisi lagi, mudah terhibur dan jatuh kasihan. Pendek kata, cair dengan artis.

Misalkan puteri dangdut sensasi, Baby Shima teruji dengan keadaan tidak mengizinkan, tidak mustahil, wanita yang dibenci dengan macam-macam kisah kononnya memualkan itu tetap juga dituntut perkembangan semasanya.

Untuk netizen, usahlah sesuka hati menepuk air ke dulang nanti terpercik ke muka sendiri. Tapi kalau rasa mual sangat, kecamlah, sama-sama diperbaiki.

Itu sahaja pembuka tirai 2023 dari meja hiburan Kosmo! enggan serius dengan harapan menjulang atau ramalan gah sempena kalendar baharu 2023, cukuplah tahun baharu semua pihak diharapkan menjadi lebih matang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI