fbpx

Wanita cari calon suami, semua perbelanjaan ditanggung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut terdesak mahu berkahwin secara kontrak kerana didesak oleh keluarganya. – Shutterstock

JAKARTA – Satu tangkap layar tular di media sosial Indonesia memaparkan hantaran seorang wanita yang mencari calon suami untuk dinikah secara perkahwinan kontrak, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan hantaran tersebut, wanita yang hanya dikenali sebagai F, 25, itu berkata, dia ingin berkahwin secara kontrak kerana didesak oleh keluarganya.

“Saya, F (25), mencari seorang lelaki yang boleh diajak berkahwin secara kontrak bagi memenuhi permintaan ibu bapa. Mereka amat malu kerana mempunyai anak gadis berusia 25 tahun tetapi  masih belum berkahwin,” demikian menurut keterangan pada hantaran wanita tersebut.

Menurut F, terdapat enam syarat utama yang perlu dipatuhi iaitu tidak boleh menyentuhnya (kecuali ketika akad nikah dan kehadiran keluarga), tidak perlu memberi nafkah, bebas menjalani kehidupan masing-masing sekiranya tiada keluarga yang melihat, tinggal di rumah miliknya dan terpisah daripada keluarga, mampu menjaga rahsia, wang hantaran juga akan disediakan oleh dirinya serta tiada majlis resepsi diadakan.

Tambah F, bakal suaminya juga bebas bertemu dengan sesiapa sahaja bahkan, dia tidak mempunyai masalah untuk bercerai sekiranya lelaki tersebut bertemu wanita lain untuk dikahwini.

“Bebas keluar dengan sesiapa pun. Jika anda bertemu jodoh ketika kontrak belum habis, kita boleh menamatkan kontrak,” katanya.

Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Sabarlah, jangan berkahwin hanya sekadar untuk lari daripada masalah. Cuba berbincang baik-baik dengan ibu bapa daripada berkahwin secara kontrak,” kata seorang netizen.

“Umur 25 sudah malu? Bagaimana dengan saya yang sudah berumur 30 tahun? Apa kata anda cuba tambah baik diri dan menjadi lebih matang supaya mendapat jodoh yang baik agar dapat membina rumah tangga yang harmoni. Saya doakan yang terbaik untuk anda tetapi katakan tidak kepada idea kahwin kontrak ini,” kata pengguna lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI