fbpx

Dua wanita ditahan minta, terima rasuah RM400

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Dua wanita termasuk seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400.

Sumber berkata, dua suspek dipercayai meminta dan menerima wang daripada orang awam bagi tujuan memproses perintah mahkamah.

Menurutnya, kedua-dua mereka masing-masing berusia 38 dan 50 tahun bertugas di Mahkamah Syariah Tawau, Sabah.

“Mereka ditahan di pejabat SPRM Negeri Sabah Cawangan Tawau ketika hadir memberi keterangan pada jam 5.30 petang, tadi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, kedua-dua suspek akan ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI