fbpx

Manchester United mudah jinakkan Bournemouth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD meraikan jaringan bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu United menewaskan Bournemouth 3-0 di Old Trafford awal pagi semalam.

MANCHESTER – Manchester United meneruskan aksi konsisten pada Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mudah menjinakkan Bournemouth 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Old Trafford awal pagi semalam.

Kemenangan ketiga berturut-turut itu diraih The Red Devils selepas Casemiro, Luke Shaw dan Marcus Rashford masing-masing menjaringkan satu gol pada perlawanan tersebut.

Walaupun mengutip tiga mata, namun pengurus United, Erik ten Hag masih belum ber­puas hati dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan selain menganggap kemenangan itu dipengaruhi faktor nasib.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan 3-0 yang dicatatkan pada hari ini (semalam) tetapi sangat jelas ia bukanlah aksi terbaik United. Kami bermain kurang bijak dan kadang-kadang bernasib baik.

“Kami sepatutnya menang dengan jaringan lebih besar pada perlawanan ini dan mungkin bolos beberapa gol, namun aksi David De Gea sangat cekap menyelamatkan pintu gol United. Saya harap ia dapat dielakkan,” katanya.

Hasil kemenangan itu, Uni­ted berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas dengan mengumpul 35 mata, lima mata mengatasi pasukan tangga kelima, Tottenham ­Hotspur.

Bagaimanapun, kemenangan­ itu terpaksa dibayar dengan harga tinggi apabila pemain tengah, Donny van de Beek mungkin perlu berehat panjang selepas mengalami kecederaan serius sebelum rehat separuh masa pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI