fbpx

Rugi bayar RM2,500, PATI dicekup ketika bot rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang dicekup selepas bot dinaiki rosak

KUALA SELANGOR – Bayaran RM2,500 dilakukan dua pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia bagi memasuki negara ini secara haram nyata sia-sia apabila dicekup di kedudukan 5.3 batu nautika barat daya perairan di sini semalam.

Kedua-duanya termasuk seorang wanita ditahan selepas bot dinaiki mereka difahamkan rosak dan turut ditahan tiga lelaki termasuk tekong bot tersebut yang juga tidak mempunyai dokumen perjalanan diri masing-masing berusia 30 hingga 40 tahun.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten V. Siva Kumar berkata, pihaknya mengesan bot tersebut yang rosak bersauh di perairan daerah ini dalam keadaan mencurigakan dan hasil soal siasat mendapati mereka menuju ke Pulau Angsa dari Tanjung Balai, Indonesia.

“Hasil penggeledahan terdapat dua penumpang termasuk wanita yang dipercayai PATI di atas bot. Menurut salah seorang PATI, bayaran yang dikenakan untuk satu perjalanan menyeludup masuk kira-kira RM 2,500 sekepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, bot dan kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau indah dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI