fbpx

Lelaki kena serangan jantung ditemui mati tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di kawasan tempat letak kereta di Jalan Bayam, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring selepas dipercayai mengalami serangan jantung di kawasan tempat letak kereta di Jalan Bayam di sini semalam.

Lelaki berusia 56 tahun itu dijumpai oleh orang awam di kawasan tersebut kira-kira pukul 2.20 petang selepas dilihat berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, polis menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu kira-kira pukul 2.30 petang.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan oleh pembantu perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa turut tidak menemui sebarang kesan kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HRPZ II dan hasil bedah siasat mendapati kematian lelaki itu berpunca daripada serangan jantung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, mayat mangsa diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI