fbpx

Rugi ternakan musnah akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zamri menunjukkan baki itik nila yang masih selamat ketika ditemui di Kampung Tok Ding, Semerak, Pasir Puteh semalam.

PASIR PUTEH – Seorang lelaki kerugian RM25,000 apabila ternakan itik nila, ikan keli dan ubi kayu yang diusahakannya sejak setahun lalu musnah dalam kejadian banjir di Kampung Tok Ding, Semerak di sini baru-baru ini.

Mohd. Zamri Deris, 50, ber­kata, banjir pada 18 Disember lalu menyebabkan 10 sangkar yang menempatkan 5,000 ekor ikan keli ternakannya pecah sebelum masuk ke Sungai Semerak.

Katanya, dia reda dengan takdir dan berniat untuk menyedekahkan kesemua ternakannya itu kepada kaki pancing dan mereka yang menahan pukat di sungai tersebut.

“Sebanyak 300 ekor itik nila yang sedia dijual bersama anak berusia lebih sebulan mati di dalam sangkar akibat lemas.

“Selain itu, ubi kayu yang sudah boleh dituai di kawasan seluas 0.9 hektar juga musnah dan membusuk apabila ditenggelami air selama tiga hari,” katanya sambil memberitahu ia merupakan projek pertamanya.

Menurut Mohd. Zamri, banjir besar itu menyebabkan dia tidak tidak mendapat sebarang pula­ngan meskipun ternakan dan tanaman sudah boleh dijual.

Tambahnya, hanya 40 ekor itik yang masih hidup dan perlu dibiakkan semula. Dia terkilan kerana projek itu diusahakan menggunakan modal sendiri.

“Saya langsung tak menyangka kawasan ini akan terjejas kerana ia tidak pernah dinaiki air sejak 49 tahun lalu. Hanya ini sahaja mata pencarian saya,” katanya yang berharap ada pihak akan membantunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI