fbpx

Lelaki ‘pancing’ mayat pelajar universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT gadis itu ditemui di sungai Nan. - Daily Star

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand yang menyangka bahawa dia telah menangkap seekor ikan besar semasa memancing di sebatang sungai terkejut apabila mata kailnya memaut mayat seorang wanita, lapor akhbar Daily Star semalam.

Mayat wanita berusia 21 tahun yang hilang sejak beberapa hari lalu itu akhirnya ditemui di Sungai Nani di Phitsanulok.

Menurut laman berita Thaiger, pegawai dari Balai Polis Mueang Phitsanuok telah dipanggil ke lokasi kejadian sekitar pukul 10.20 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

Pakar perubatan dan penyelamat yang hadir ke lokasi kejadian menemui mayat mangsa berada dalam keadaan terlentang.

Wanita itu memakai kemeja-T hitam dan seluar jeans ketika ditemui, manakala mata kail lelaki tersebut didakwa tersangkut pada pakaian mangsa.

Mangsa dikenal pasti sebagai seorang pelajar dari Universiti Pibulsongkram Rajabhat bernama Sunit.

Lelaki berusia 58 tahun yang menemui mayat itu hanya dinamakan sebagai Naret. Dia terkejut apabila menemui mayat itu di tempat biasa dia memancing.

Rakan-rakan wanita itu mendakwa mangsa pergi minum di sebuah bar dan kemudian pulang ke tempat penginapan mereka dengan menaiki sebuah trak pikap.

Dia kemudian didakwa keluar dari kenderaan dan melompat dari jambatan semasa dalam perjalanan. Rakan-rakan mangsa cuba menyusuri sungai untuk mencarinya, namun gagal.

Acara pengebumian akan diadakan oleh keluarga mangsa selepas bedah siasat dijalankan. Mereka tidak mengesyaki sebarang perkara mencurigakan mengenai kematian itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI