fbpx

Lapang kepala, tak serabut dengan politik – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Ismail Sabri di Instagram ketika meluangkan masa bercuti bersama keluarga di UAE.

PETALING JAYA – “Lapang kepala dan tak serabut dengan masalah politik”.

Demikian kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas meluangkan masa bercuti bersama keluarganya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Jelasnya, percutian bersama keluarganya itu baharu sahaja dapat ditunaikan selepas tiga tahun sibuk bekerja.

“Alhamdulillah selesai bercuti bersama keluarga di UAE selepas tiga tahun tak sempat bercuti kerana urusan kerja.

“Lapang kepala dan tak serabut dengan masalah politik. Tak serabut dengan masalah dalam kerajaan.

“(Sekarang), cucu pula yang menjadi penghibur,” katanya dalam hantaran di Instagram hari ini.

Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri ke-9 mulai Ogos 2021 sehingga November 2022 sebelum digantikan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum ke-15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI